3 Ciri-Ciri Keistimewaan Kangen Water

Kangen Water mempunyai tiga ciri-ciri yang dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Tiga ciri-ciri ini adalah Anti-oksidan yang tinggi, Saiz molekul air yang kecil, dan Beralkali. Lihat video di bawah ini untuk mengetahui bagaimana tiga ciri-ciri Kangen Water ini dapat membantu dalam kesihatan.


Anti-Oksidan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Oksidasi merupakan interaksi antara molekul oksigen dan bahan-bahan pelbagai. Dalam tubuh manusia, pengoksidaan mendorong kepada proses penuaan, menyebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Kangen Water mempunyai anti-oksidan yang kuat yang membantu badan menentang radikal bebas yang merosakkan. Untuk mendapat gambaran mengenai apakah pengoksidaan dan anti-pengoksidaan, sila lihat gambar di atas, menunjukkan sebiji epal bertukar warna perang selepas dipotong dan terdedah kepada udara. Bayangkan apa yang akan berlaku pada tubuh kita jika berlaku oksidasi.

presidentus

Ini adalah gambar Encik Hironari Oshiro, CEO kepada syarikat Enagic, bersama penasihat Amerika beliau. Walaupun kedua-dua lelaki ini kelihatan seperti umur yang berbeza, biasanya pertengahan 40-an bagi Encik Oshiro dan lewat 60-an untuk penasihat Amerika, mereka sebenarnya mempunyai umur yang sama. Kedua-duanya berumur 67tahun pada tahun 2008. Kami percaya bahawa sebab Encik Oshiro kelihatan begitu baik adalah kerana dia telah minum Kangen Water ini lebih dari 20tahun.

Oksidasi tidak boleh dihentikan, tetapi beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa proses oksidasi boleh diperlahankan dengan anti-oksidan. Anti-oksidan dalam cecair boleh diukur dengan menggunakan meter ORP. Nilai positif atau +ORP adalah tidak sihat untuk anda dan membantu mempercepatkan pecahan sel-sel dan dengan itu mempercepatkan proses penuaan manakala nilai negative atau –ORP adalah sangat baik untuk kesihatan dan benar-benar akan melambatkan proses penuaan. Lebih tinggi bacaan negatifnya (-ORP) bermakna ia mempunyai anti-oksidan yang sangat kuat dimana lebih berkesan untuk pengurangan stress oksidatif dari badan anda, dan mengurangkan risiko kanser dan permulaan penyakit lain.

p2

Berikut adalah carta visual ORP (perhatikan air botol dan minuman yang lain mempunyai nilai +ORP). Walaupun air botol yang kita selalu percaya bahawa ia adalah lebih baik untuk kita, sebenarnya ia tidak. Kangen Water mempunyai anti-oksidan yang tertinggi berbanding dengan minuman lain iaitu -400 ORP. Saya telah melihat ia mencecah setinggi -800 ORP.


Saiz Molekul Air yang kecil

micro-clustering-waterp8

Lebih kecil air anda atau kurang berkelompok molekul air minuman anda, maka badan akan anda lebih mudah menyerap air itu dan lebih terhidrat. Kelompok mikro merupakan satu lagi keistimewaan Kangen Water yang hebat. Apabila air paip melalui plat platinum bersalut titanium, air akan dipecahkan daripada saiz 15-20 kelompok molekul kepada 5-6 kelompok molekul, menyebabkan badan anda terhidrat melebihi 6 kali lebih daripada air yang biasa. Oleh kerana kelompok molekul ini lebih kecil, air akan dapat diserap dan menghidrat semua bahagian-bahagian badan dengan lebih berkesan daripada air biasa. Anda boleh merasa perbezaannya pada segelas air yang pertama anda. Kelompok kecil ini juga bermakna badan anda lebih mudah menyerap mineral dalam air ini ke dalam sel-sel  anda dalam beberapa saat sahaja.


Alkali

Alkaline-Water-Property

Ciri-ciri yang ketiga adalah Kangen Water bersifat sangat alkali. Ramai di antara kita mengamalkan cara hidup yang berasid. Melalui makan makanan berasid, minum air berkabonat dan lain-lain. Gaya hidup tidak sihat ini menukarkan badan kita kepada keadaan yang berasid, dimana kita amat mudah untuk terdedah kepada penyakit.

Keseimbangan pH yang baik bertindak meneutralkan keadaan tubuh kita dan sangat penting untuk keseluruhan kesihatan tubuh kita. Air alkali diwujudkan untuk meneutralkan keasidan. Menurut ramai pakar kesihatan dan pakar nutritionist, mereka percaya bahawa tubuh badan yang berasid boleh merosakkan organ-organ dalaman dan menghalang proses mental. Tahap pH badan kita hendaklah berada pada sedikit alkali ataupun pada pH7.4 untuk memiliki kesihatan yang optimum dan terhindar dari penyakit-penyakit yang merbahaya.


Baca topik selanjutnya :

 

Menu utama :