5 Jenis Air Kangen

Mesin Kangen Water bukan sahaja menghasilkan air minum yang baik untuk kesihatan, ia juga dapat menghasilkan 4 jenis air yang lain mengikut perbezaan pH dan berbeza kegunaannya.


Strong Kangen Water – pH 11.0 (Tidak boleh diminum)

type1
Strong Kangen digunakan untuk membersihkan kotoran. Ia boleh mencuci buah-buahan, sayur-sayuran, pinggan mangkuk, minyak dan kotoran-kotoran yang lain. Tidak perlu menggunakan sabun untuk mencuci pinggan atau kotoran degil. Jadi ini akan lebih menjimatkan bil air dan sabun.


Kangen Drinking Water – pH 8.5,9.0,9.5 (Boleh diminum)

type2
Mempunyai 3jenis pH yang berbeza tetapi digunakan untuk perkara yang sama. Ia digunakan untuk diminum supaya dapat mengimbangkan pH dalam tubuh badan. Rasanya ringan dan sedap. Ia juga boleh digunakan untuk memasak dan untuk membuat air seperti milo, kopi, teh dan lain-lain supaya dapat meningkatkan baunya yang harum dan rasa yang sedap pada makanan dan minuman itu. Selain itu, air ini juga digunakan untuk menyiram pokok bunga untuk meningkatkan kesuburan dan kesegaran tanaman itu.


Neutral Water – pH7.0 (Boleh diminum)

type3
Air ini bersih dan tiada klorin. Air ini sesuai digunakan untuk makan ubat dan juga untuk makanan bayi. Bayi sememangnya berada dalam keadaan alkali jadi tidak perlu untuk minum air alkali lagi.


Kangen Beauty Water – pH 4.0-pH6.0 (Tidak boleh diminum)

type4
Air ini digunakan untuk kecantikan kulit muka atau mana-mana kulit, penjagaan rambut, dan pembersihan haiwan. Ia membuatkan kulit nampak lebih cantik, segar dan mengurangkan kekusutan rambut.


Kangen Strong Acidic Water – pH 2.7 (Tidak boleh diminum)

type5
Air ini mampu membunuh kuman-kuman. Ia bertindak seperti antiseptic. Ia digunakan untuk merawat kulit luka, kulit gatal dan yang telah terkena jangkitan kuman. Air inilah yang digunakan di hospital di Negara Jepun untuk merawat pesakit-pesakit mereka yang mengalami luka luaran, kudis, bernanah dan lain-lain.


Baca topik selanjutnya :

 

Menu utama :