Adakah Air Paip Bahaya?

Tidak mungkin air paip yang kita minum selama ini merbahaya. Lagipun, air ini telah melalui beberapa peringkat rawatan dan tidak mungkin kerajaan akan membenarkan air yang tercemar masuk ke dalam rumah kita, betul?

Apa yang benar adalah air paip ini merupakan salah satu ancaman kesihatan yang paling merbahaya. Setiap tahun penyakit kanser, asma, dan masalah pembelajaran semakin meningkat kerana berkait rapat dengan punca air yang tercemar. Walaupun air paip ini telah melalui pelbagai rawatan sebelum sampai ke rumah kita, ia masih tercemar.

Ramai orang mungkin mengatakan bahawa bahayanya air paip ini hanya taktik untuk menakutkan orang ramai untuk meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat yang menjual produk-produk air. Namun, peningkatan besar dalam kanser dan penyakit-penyakit lain adalah berpuncanya dari kualiti air yang diminum.

yellow-tap-water-so-dirty

Berikut adalah senarai ringkas bahan yang tercemar yang berkemungkinan berada didalam paip air kita:

Klorin
Kemungkinan ini salah satu racun yang paling berbahaya yang berada di dalam bekalan air minuman kita. Penggunaan klorin ini adalah untuk membunuh bakteria dan mikro-organisma yang lain untuk membersihkan air tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, ia merupakan toksik dan beracun kepada badan kita. Klorin di dalam minuman dan makanan merupakan punca utama penyakit kanser, pundi kencing, asma dan kanser payudara.

 Plumbum
Plumbum masuk ke dalam air paip kerana hakisan di dalam sistem paip rumah itu. Oleh kerana pencemaran plumbum ini berlaku selepas melalui rawatan air, jadi tidak ada cara untuk pihak berkuasa mengawal pencemaran itu. Plumbum sangat bahaya terutamanya untuk kanak-kanak dan ibu yang mengandung. Plumbum boleh menyebabkan otak yang kurang cerdas dan boleh menganggu proses pembelajaran seseorang.

 Giardia dan Cryptosporidium
Giardia dan Cryptosporidium ini adalah sejenis parasit mikroskopik yang boleh di dapati di dalam air paip. Ia merupakan protozoa yang tahan lasak dan tidak boleh dihapuskan oleh klorin. Giardia menyebabkan penyakit usus yang dipanggil Giardiasis dan Cryptosporidium bertanggung jawab dalam penyakit yang dipanggil Cryptosporidiosis. Parasit ini boleh menyebabkan penyakit gastrousus yang merupakan pendarahan di dalam perut, usus kecil, ataupun kolon.


Baca topik selanjutnya :

 

Menu utama :