Badan Berasid Punca Kanser

alkaline-body

Jika keadaan cecair selular tambahan terutamanya darah menjadi berasid, keadaan fizikal kita akan keletihan, mudah selsema dan lain-lain. Apabila cecair ini menjadi lebih berasid, keadaan kita akan menjadi lebih sakit dan derita seperti sakit kepala, sakit dada, sakit perut dan lain-lain.

normal-cancerous-colon

Jika darah menjadi lebih berasid, tubuh badan akan mengandungi lebih asid dan darah tidak mampu untuk mengekalkan keadaan beralkali dan menyebabkan sel-sel menjadi berasid dan kekurangan oksigen. Apabila ini berlaku secara berterusan, peratus asid dalam badan akan meningkat dan sesetengah sel mati, maka sel-sel mati ini bertukar menjadi asid. Walau bagaimanapun, sesetengah sel-sel lain boleh menyesuaikan diri dalam persekitaran itu. Dalam erti kata lain, daripada mati seperti sel-sel yang lain, sel-sel itu hidup dan menjadi sel yang tidak normal. Sel tidak normal ini dipanggil sel malignan. Sel malignan ini tidak sesuai dengan fungsi otak.

CellAbnormalitiescrukmig_1000img-12350

Oleh itu sel-sel malignan ini membesar selama-lamanya dan membentuk ketumbuhan kanser. Salah satu konsep pemakanan yang paling kurang difahami ialah apakah asid dan apakah keseimbangan alkali. Sel-sel dalam badan manusia bergantung kepada pH asid-alkali yang seimbang. Jika ada cecair yang tidak normal, enzim pencernaan menjadi tidak aktif, makanan tidak dihadam dengan baik, dan tindak balas alergi boleh berlaku. Makanan terikat mikroorganisma seperti yis, bacteria, parasit, virus dan lain-lain akan dibebaskan di dalam badan yang akan meletakkan tekanan pada sistem immune.

Badan ini sebahagian besarnya terdiri daripada air, dimana ia berguna untuk membolehkan nutrien, oksigen,  dan bahan bio-kimia bergerak dari tempat ke tempat. Air boleh mempunyai ciri-ciri sama ada asid ataupun alkali yang dikira dengan skala yang dipanggil pH (potensi hydrogen), dimana pH1.0- pH6.9 dianggap berasid, pH7.0 adalah neutral dan pH7.1- pH14.0 adalah alkali. Semakin rendah nombor pH, lebih besar keasidannya dan semakin tinggi nombor pH, lebih besar kealkaliannya. Secara optimum, kita mahu badan kita dalam keadaan neutral atau alkali iaitu pH7.0-pH7.2. Dibawah pH5.3, vitamin atau mineral tidak dapat diserap ke dalam sel. Jadi untuk penggunaan maksimum dan penurunan berat badan, ia mesti berada di atas pH6.4.

Cancer_root


Baca topik selanjutnya :

 

Menu utama :